Salam sejahtera.
Pada 23 hingga 26 Febuari 2016 yang lepas, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Sarawak (MSSS) telah menganjurkan Pertandingan Memanah antara sekolah-sekolah di Negeri Sarawak. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah Bahagian Kuching dan bertempat di Sekolah Sukan Tabuan Jaya.
Penganjuran tahun ini agak berbeza dengan penganjuran tahun-tahun sebelumnya di mana tahun ini sistem penganjuran adalah secara terbuka. Ini membolehkan mana-mana sekolah di negeri sarawak, baik sekolah rendah atau sekolah menengah yang mempunyai pemanah menyertai pertandingan ini.
Pertandingan kali ini disertai oleh 6 Bahagian di seluruh Negeri Sarawak iaitu Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan, Bahagian Sarikei, Bahagian Bintulu, Bahagian Miri dan Bahagian Limbang. Pertandingan kali ini juga telah berjaya menghimpunkan seramai 144 orang pemanah dari seluruh negeri Sarawak.
Antara kategori yang dipertandingkan adalah Lelaki dan Perempuan bawah 18 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 12 tahun, manakala jarak yang dipertandingan adalah 70 meter bagi lelaki dan perempuan bawah 18 tahun, 60 meter bagi lelaki dan perempuan bawah 15 tahun dan 30 meter bagi lelaki dan perempuan bawah 12 tahun.

1. Sekitar mesyuarat Pengurus Pasukan sebelum Kejohanan berlangsung.
2. Antara Buletin yang memaparkan info dan maklumat terkini sepanjang Kejohanan
3. Sekitar aksi Pemanah sepanjang hari Kejohanan
Pelbagai aksi pemanah yang kita dapat lihat sepanjang kejohanan.
Suasana hari Kejohanan