Tuesday, 30 April 2013

Cara mudah dan selamat untuk meningkatkan metabolisme





Wah !!! Bila lagi badan ini nak 
naik macam dia tu??? 
Ini tentunya masalah 
metabolisme !!!





Beginilah situasi atau luahan rasa hati yang sering menjadi tanda tanya dan mengganggu fikiran kita terutamanya apabila kita kurang faham tentang sistem badan sendiri. Di sini saya akan berkongsi informasi tentang metabolisme badan dan seterusnya cara mudah dan selamat untuk meningkatkan metabolisme untuk renungan dan panduan bersama.

 Apa itu Metabolisme?

Banyak tarifan dan pengertian mengenai metabolisme badan baik secara 
ilmiah mahupun secara sainstifik pernah kita dengar dan baca samada melalui pengajian, ceramah, kursus, media massa elektronik dan sebagainya. Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh kita sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap masa, bukan sahaja apabila kita bersenam, malah semasa kita tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.


Jadi  apa dia metabolisme? Ia adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsinya untuk terus bernyawa. Segala aktiviti (termasuk proses pernafasan dan sistem badan) memerlukan tenaga (sumber kalori).

Komposisi Badan: Walaupun dua individu mempunyai berat badan yang sama, individu yang mempunyai berat otot berlebihan akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi kerana otot membakar lebih kalori berbanding lemak.

Genetik: Setiap orang mempunyai struktur tulang dan bentuk badan yang berbeza (mesomorph, ectomorph, endomorph). Orang yang tinggi langsing (seperti pemain basketball) biasanya mempunyai metabolisme melebihi orang yang berbadan “stocky”. 

Perkara Semulajadi Yang Mempengaruhi Metabolisme

Umur: Metabolisma akan menurun mengikut umur. Dengan itu, keperluan kalori seseorang akan turun melebihi masa. Ini kenyataan hidup. Ini sebab utama kerana ramai akan menambahkan berat badan walaupun mengambil makanan yang sama (sewaktu muda). Perkara Yang Boleh Meningkatkan Metabolisma Latihan/Semanan: Kombinasi latihan kardiovaskular dan mengangkat berat adalah yang terbaik kerana ia akan menolong dalam meningkatkan kalori output dan juga dalam menambahkan otot.

Makan kerap: Dengan makan 5-6 kali sehari, sistem-sistem badan sentiasa beroperasi dan keep the body active. Ini akan meningkatkan kadar metabolisma. Jangan skip meals dengan harapan untuk weight loss kerana skipping meals akan memaksa badan menurunkan kadar metabolisma kerana ia ingat ia sedang “puasa”. Namun begitu ambil lah meal yang rendah kalori. Supaya diet kita tidak terhalang oleh pengambilan lebihan kalori yang akhirnya kita terpaksa bekerja keras untuk membakar lebihan kalori2 tersebut.

Minum Air: Air merupakan kandungan utama badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisma. Jadikan air mineral sumber air utama.

Nutritisi secara am: Apabila umur kita makin meningkat, pengawalan kalori menjadi semakin penting kerana kita tidak lagi memerlukan jumlah calorie yang sama.


Tip Mudah dan Selamat untuk Meningkatkan Metabolisme Badan

·                     Jangan Stress
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

·                     Tidur yang cukup
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

·                     Minum Air Secukupnya. 
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

·                     Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). 

Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.


·                     Makan
Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.

·                     Minum Teh Hijau.
Gantikan cawan kopi atau teh tarik atau kedua-duanya itu dengan teh hijau. Teh hijau mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

Sebenarnya ada banyak lagi tips yang boleh kita ikut dan amalkan untuk meningkatkan metabolisme badan, tetapi saya rasa ini adalah tip yang paling mudah dan selamat untuk diamalkan.


 Selamat mencuba ...


No comments:

Post a Comment