Metabolisme merupakan tindak balas
kimia yang berlaku dalam sel hidup. Metabolisme merujuk kepada semua tindak
balas kimia dalam organisme hidup, termasuklah pertukaran zat antara suatu sel
atau suatu organisma secara keseluruhan, penghadaman dan pengangkutan dalam
sistem tubuh. Selain itu,
metabolisme juga merupakan keseluruhan reaksi atau
tindak balas yang terjadi di dalam sel, meliputi proses penguraian dan sintesis
molekul kimia yang menghasilkan dan memerlukan panas atau tenaga sertai
diuraikan dan dipercepatkan oleh enzim.
Kadar
metabolisme merupakan kadar di mana badan kita membakar kalori. Kadar
metabolisme setaip manusia adalah berbeza antara satu sama lain. Kebanyakkan
mereka yang gemuk memiliki kadar metabolisme yang rendah. Walaupun sekumpulan
orang membuat aktiviti dan makan makanan yang sama, tidak semestinya kadar
pembakaran sama.
Metabolisme
meliputi dua jenis iaitu;
1. Jalur sintesis (anabolisme)
Anabolisme
mengabungkan molekul-molekul kecil menjadi makromolekul yang lebih kompleks.
Juga menggunakan tenaga yang dibekalkan dari hidrolisis ATP untuk membentuk
komponen sel seperti protien dan asid nukleid.
2. Jalur degradatif (katabolisme)
Katabolisme
memecahkan molekul kompleks menjadi molekul yang lebih sederhana untuk
menghasilkan tenaga tenaga yang diperlukan untuk mensintesis ATP.
Proses Metabolisme Organisme adalah
segala proses reaksi atau tindak balas kimia yang terjadi di dalam tubuh makluk
hidup, baik organisme selular mahupun organisme kompleks.Proses-proses
kimia yang terjadi selama metabolisme di dalam organisme bertujuan untuk
menghasilkan tenaga. Oleh sebab itu metabolisme sangat penting bagi makhluk
hidup untuk meneruskan kehidupannya.
Secara
umum metabolisme meliputi dua proses iaitu
1.
Anabolisme
Anabolisme
adalah proses penyusunan tenaga kimia melalui sintesis senyawa organik. Dalam
anabolisme terjadi reaksi yang membentuk senyawa organik dari molekul sederhana
menjadi molekul yang kompleks.
2.
Katabolisme
Katabolisme
adalah proses penguraian dan pembebasan tenaga dari senyawa organik melalui
proses respirasi atau fermentasi. Dalam katabolisme terjadi reaksi penguraian
senyawa kompleks menjadi moleku sederhana. Semua reaksi yang terjadi diuraikan
dan dipercepatkan oleh enzim baik reaksi yang sederhana mahupun yang
kompleks.
Kedua
proses metabolisme di atas diperlukan oleh setiap organisme untuk terus betahan
hidup. Proses metabolisme ditentukan oleh suatu senyawa yang disebut sebagai
hormon, dan dipercepatkan oleh enzim. Pada senyawa organik, penentu proses
reaksi kimia disebut promoter dan penentu percepatan reaksi kimia disebut
katalis.
Metabolisme
juga berperanan mengubah zat berracun menjadi senyawa yang tidak beracun dan
cepat dikeluarkan dari tubuh. Pada umumnya hasil akhir anabolisme merupakan
senyawa pemula untuk proses katabolisme, begitu juga sebaliknya. Sebahagian
besar proses metabolisme terjadi di dalam sel. Proses metabolisme memungkinkan
organisme untuk tumbuh dan berkembang biak, menjaga struktur mereka dan memberi
respon pada persekitarannya.
No comments:
Post a Comment