Ramai
yang sering mengeluh apabila kurang atau langsung tidak ada selera makan. Ini
berlaku apabila kita kurang faham tentang proses metabolisme badan sendiri.
Mulalah kita mengadu tidak tentu pasal dan yang menjadi mangsa dipersalahkan
adalah menu yang kita ambil. Menu tak sedap, masakan tak betul dan sebagainya.
menurun dan anda akan
nampak kesannya dengan kenaikan berat badan yang mendadak berbanding dahulu dan
perubahan bentuk badan. Kalau dahulu banyak mana sekalipun makanan yang anda
makan masih lagi dapat mengekalkan bentuk dan berat yang ideal, kini tidak
lagi. Berat badan yang ideal boleh didapati dengan mencari Indeks Jisim Badan
(BMI). Indeks Jisim Badan seseorang boleh dikelaskan kepada empat kategori
iaitu kurang berat, normal, berat berlebihan dan obesity.
Bayangkan anda telah berdiet dengan mengurangkan pemakanan tetapi apabila anda
termakan lebih sedikit sahaja berat anda cepat meningkat dan tidak menunjukkan
penurunan. Adakah ini merisaukan? Bukan sahaja membuatkan anda risau, malah anda
akan hilang motivasi untuk terus berdiet.Kadar metabolisma seseorang bergantung
kepada beberapa faktor. Lelaki lebih mudah untuk membakar kalori berbanding
perempuan berdasarkan saiz otot mereka yang lebih besar. Orang muda lebih
mudah untuk membakar kalori berbanding yang sudah berumur. Walaupun anda tidak
boleh kawal dari segi umur, genetik dan juga jantina, terdapat cara yang boleh
mengekalkan serta terus meningkatkan metabolisma anda.
1. Aktifkan diri dengan meningkatkan
jenis senaman anda
Senaman aerobik
mungkin tidak membantu anda membina otot yang lebih besar, tetapi ia dapat
tingkatkan kadar metabolisme anda beberapa jam selepas anda melakukan senaman.
Kuncinya, cuba sehabis baik. Senaman yang ‘high intensity’ memberikan anda
pembakaran lemak dengan lebih besar dan lebih lama daripada jogging biasa.
Caranya, sekiranya anda berjoging, tingkatkan kelajuan anda dalam masa yang
singkat dan diselangi dengan kelajuan biasa. Atau sekiranya anda pergi ke gym,
lakukan senaman yang lebih berat daripada biasa dengan waktu rehat dikurangkan.
2. Banyakkan meminum air.
Badan perlukan air
untuk proses kalori. Sekiranya anda mengalami dehidrasi, kadar metabolisma anda
akan jadi perlahan. Di dalam kajian yang telah dijalankan, seseorang yang minum
8 gelas air suam membakar kalori lebih tinggi daripada seseorang yang minum
hanya 4 gelas air suam sahaja sehari.
3. Minum minuman yang berais.
Badan akan cuba
memproses untuk meningkatkan suhu air tersebut sekiranya anda minum air suam
yang berais. Untuk meningkatkan suhu air tersebut memerlukan tenaga, dan dari
situ tubuh badan anda akan cuba membakar lebih kalori berbanding biasa. Kajian
mencadangkan 5 hingga 6 gelas air suam berais mampu membakar 10 kalori tambahan
setiap hari. Anda juga boleh mendapat manfaat dengan meminum kopi mahupun teh
hijau dengan meletakkan ais. Asalkan kopi dan teh hijau tersebut tidak
mempunyai gula.
4. Bina otot
Ini mungkin tidak
semua kita suka dan mampu membina otot seperti seperti ahli bina badan, tetapi
tahukah anda cara yang terbaik adalah dengan membina otot dan sentiasa aktif
setiap hari. Tubuh badan kita sentiasa membakar kalori, walaupun pada waktu
kita rehat. Kadar metabolisma ketika rehat ini menjadi lebih tinggi apabila
seseorang itu mempunyai otot yang lebih besar. Setiap 0.5kg berat otot
menggunakan tenaga lebih kurang 6 kalori setiap hari hanya untuk mengekalkan
saiz otot tersebut sahaja berbanding 1 pound atau 0.5 kg lemak hanya membakar 2
kalori sahaja sehari. Perbezaan yang kecil ini akan semakin ketara dengan masa.
Apabila anda melakukan aktiviti angkat berat, otot anda akan bekerja keras dan
akan menambar kadar metabolisma ketika anda rehat.
5. Makan dengan lebih kerap.
Makan banyak sudah
pasti menambahkan berat. Tetapi makan dengan lebih kerap membantu anda
meningkatkan kadar metabolisma. Apabila anda hanya makan 3 kali sehari sudah
pasti anda mengambil satu porsi yang besar berbanding dengan makan lebih
daripada 3 kali sehari. Metabolisma badan anda akan turut juga menurun. Apabila
anda mengambil makanan dengan lebih kerap anda dapat mengekalkan metabolisma
badan anda daripada jatuh. Sebaiknya makan setiap 2 jam setengah dengan
kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap.
6. Tinggikan protein dalam makanan.
Badan memerlukan lebih
banyak kalori untuk menghadap makanan yang bersumberkan protein berbanding
makanan yang bersumberkan lemak dan juga karbohidrat. Protein memerlukan 25%
lebih tenaga berbanding lemak untuk dihadamkan. Walaupun anda inginkan makanan
yang seimbang, dengan menggantikan sedikit sumber karbohidrat anda dengan
makanan yang kaya dengan sumber protein mampu merangsang kadar metabolisma
anda.
7. Elakkan diet yang melampau.
Diet yang melampau
biasanya melibatkan diet yang hanya mengambil kurang daripada 1000 kalori.
Walaupun diet ini membolehkan anda menurunkan berat badan dalam masa yang
singkat tetapi ia akan menyebabkan metabolisma anda menjadi perlahan. Diet ini
juga akan menyebabkan sebahagian daripada berat otot juga berkurangan. Ia tidak
hanya bertindak pada lemak tetapi juga pada otot. Semakin ringan berat otot
anda semakin rendah metabolisma anda.Akibatnya, badan anda akan mula
mengadaptasi dan membakar kalori dengan lebih rendah dan mudah menyebabkan
berat anda bertambah dengan mendadak lebih tinggi daripada sebelum anda
berdiet.
8. Minuman teh hijau
Kita sering mendengar
khasiat meminum teh hijau. Anda tidak boleh menafikan kebaikannya untuk
kesihatan badan. Di dalam kajian sains, apabila anda minum 2 hingga 4 cawan teh
hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan anda sebanyak 17% lebih
tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat.
sela
No comments:
Post a Comment